FIND ME HERE!!

Sunday 5 May 2024

RESIPI KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahan:

Pucuk paku (dicelur)

tauge

500gm isi kerang

2 biji limau nipis/kasturi

Garam dan gula secukup rasa

1 biji bawang besar (dihiris)

2sb kerisik


Bahan Tumbuk:

Sedikit belacan

2 biji cili merah

10 biji cili padi


Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan tumbuk, tauge, kerang, kerisik dan bahan hirisan ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.

2. Limau nipis/kasturi diperah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

3. Siap dan bolehlah dihidang.

Thursday 2 May 2024

Kelas Tusyen di Teluk Intan Perak


 

Sunday 7 April 2024

RESIPI KUIH SEPIT/KAPIT

 Bahan-bahan :

  • 1 mangkuk tepung beras 
  • 1 mangkuk gula pasir (ikut citarasa boleh kurangkan)
  • 1 mangkuk santan sederhana cair
  • 1-2 biji telur,
  • Sedikit serbuk kayu manis
Cara-cara :

  1. Kisar semua bahan-bahan di atas dan tapis.
  2. Tambah santan cair jika adunan pekat dan pastikan adunan tidak pekat dan tidak cair.
  3. Panaskan acuan dan tuang adunan kuih kapit
  4. Bila suudah masak, kikis sisa dibahagian luar acuan.
  5. Akhir sekali, gulung atau lipat ketika panas.
  6. Boleh tambah inti coklat atau kacang ikut citarasa sebelum dilipat.




Wednesday 3 April 2024

RESIPI PAJERI TERUNG

 BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji terung.belah 2
  • 2 cawan air
  • 1 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 5 tangkai cili kering *
  • 1 sudu makan udang kering *
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 2 kuntum bunga cengkih 
  • 2 biji buah pelag
  • 1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam 
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan kerisik
  • ¼ gula melaka/ gula pasir
  • ¼ kotak santan


CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering.

2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.

3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.

4. Masukkan gula dan kerisik.

5. Akhir sekali, masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Tuesday 2 April 2024

RESIPI NASI PLANTA

NASI PLANTA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi/beras biasa
  • 3 sudu besar marjerin/planta
  • 3 ½ cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan-diramas dan disimpul
  • Garam secukupnya
  • 1 kiub stok ayam
  • Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

BAHAN HIASAN:

  • Bawang goreng
  • Daun bawang dihiris


CARA MEMASAK:

1. Masak atas dapur. Panaskan marjerin dalam periuk. Tumis bahan kisar dan rempah 3 sekawan serta daun pandan hingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci, garam, air, susu cair dan stok kiub ayam.

4. Akhir sèkali, bila nasi telah kering masukkan pewarna kuning dan kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.


AYAM MASAK MERAH

  • ½ ekor ayam (gaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak)

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili kering (direbus terlebih dahulu) 
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih

BAHAN LAIN:

  • Rempah 4 sekawan
  • Asam keping
  • Sedikit sos cili & sos tomato

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga rata kemudian masukkan sos cili, sos tomato, asam keping garam dan gula.

2. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, kacau sebati. Akhir sekali, tabur daun bawang.


ACAR TIMUN

  • 1 batang timun-dipotong memanjang
  • 1 batang lobak merah-dipotong memanjang
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • 1 biji cili merah-dihiris
  • Garam & gula secukupnya


CARA-CARA:

  1. Potong dan gaulkan semua bahan.
  2. Sedia untuk dihidang.

Saturday 23 March 2024

RESIPI PEYEK BONDA NOR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kotak Santan kecil
  • 1 biji telur
  • Air kapur sedikit
  • Garam 
  • Air 
  • kacang tanah/ ikan bilis
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Kisar:

  • 4 sudu Jintan manis
  • 4 sudu jintan putih
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai 


CARA MEMBUAT:

  1. Bancuh bahan kisar, santan, telur, air kapur, garam dengan sedikit air.
  2. Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair.
  3. Ambil acuan peyek, panaskan sebentar dalam kuali.
  4. Kemudian letak 1 sudu besar bancuhan ke dalam acuan peyek.
  5. Ratakan bancuhan dalam acuan dan letak kacang/ ikan bilis ikut citarasa.
  6. Akhir sekali, masukkan acuan ke dakam kuali dan goreng hingga masak.

Thursday 21 March 2024

ROTI PIZZA

BAHAN-BAHAN:

Roti putih

Sos traditional pasta/sour cream

Capsicum/cili merah-hiris

Topping – udang,ayam, daging, sosej & sayur

Keju mozzarella belum parut


CARA MEMASAK:

1. Loyang dilapik dengan baking paper. dan roti disusun memenuhi tray.

2. Sapu sos pasta/sos cili secukupnya atas kepingan roti.

3. Kemudian, parutkan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum/cili, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping.

4. Selepas itu, inti ditutup dengan menambah parutan keju mozarella.

5. Bakar pada suhu 200C dengan menggunakan api atas bawah selama 15 minit.

6. Akhir sekali, bila keju mozzarella agak keperangan, boleh keluarkan piza untuk dinikmati.