- 1 cawan serbuk koko (pilihan sendiri)
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 11/2 cawan tepung gandum *ayak*
- 1 sudu teh bikarbonat *ayak*
- 1 sudu teh baking powder *ayak*
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur (suhu bilik)
Cara Membuat:
1. Bahan A dimasak dalam periuk hingga sebati. Kecilkan api dan sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang (putih) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sebati adunan.
4. Kemudian, masukkan bahagian B sedikit demi sedikit dan kacau lebih kurang 5 minit.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Juga boleh gunakan kertas foil. (Elakkan wap air masuk ke dalam adunan)
6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (Didihkan air pengukus). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa
7. Untuk hiasan boleh letak topping.
BAHAN UNTUK TOPPING
Bahan:
- 300 gm coklat masakan~potong kecil
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- 1/4 cawan air panas
- Susu cair dan susu pekat dipanaskan menggunakan kaedah double boiler.
- Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
- Padamkan api dan masukkan butter. Kacau hingga cair.
- Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
- Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
- Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
- Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
- Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang...
No comments:
Post a Comment