FIND ME HERE!!

Resipi Mudah Kuih Lapis

Dalam kesibukan bekerja amat susah untuk melapangkan masa membuat kuih-muih untuk juadah petang.  Jom cuba resipi kuih lapis yang mudah dengan bahan-bahan yang sedia ada di dapur.

Bahan-Bahan:


  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan pekat (200ml)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
  • pewarna merah


Cara Membuat:

  1. Kisar semua tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan, air, garam dan gula.
  2. Kemudian, asingkan 2bahagian, satu putih dan satu lagi ditambah pewarna merah.
  3. Sediakan pengukus dan sapu loyang dengan sedikit minyak,
  4. Masukkan adunan secara berselang-seli. Masukkan lapisan putih dan kukus selama 3 minit.
  5. Kemudian, masukkan lapisan merah dan biarkan selama 3 minit dan seterusnya sehingga habis adunan.
  6. Untuk lapisan terakhir, biarkan lebih kurang 5 minit, biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment