Bahan-bahan:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 2 biji telur
- 8 sb gula
- 1 sdt serbuk penaik
- 2 titik pewarna kuning (ikut citarasa anda)
Cara Membuat:
- Kacau gula dan marjerin hingga sebati dan gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul lagi.
- Masukkan tepung yang dicampur dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga sebati.
- Kemudian, masukkan pewarna pilihan anda dan kacau lagi
- Sediakan kukus, loyang disapu marjerin dan dipanaskan dahulu.
- Kemudian, masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana.
- Kukus anggaran 30 minit dan pastikan adunan tidak melekat pada lidi.
- Angkat, biarkan sejuk seketika dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment