FIND ME HERE!!

Wednesday, 7 February 2018

MEE KARI

Bahan-bahan:

  • 1kg mee kuning (celur dan asingkan)
  • 500gm ayam (potong kecil)
  • 13 biji bebola ikan (fish ball) - dipotong 4
  • 3 keping kek ikan (fish cake)- dihiris nipis
  • 300gm udang -dibuang kulit
  • 4 sdb rempah kari ayam (dibancuh menjadi pes pekat)
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 biji kentang (rebus & dilecek halus)
  • 1kg kerang (rebus & ambil isi)
  • 2 cwn air rebusan udang
  • 2 cwn santan cair
  • 2 keping asam gelugor/asam keping
Bahan Kisar Halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • i inci halia
  •  2 sdb udang kering
  • 1 btg serai
Bahan Tumis:
  • 5 bjiji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 btg kayu manis
Bahan Hiasan:
  • 4 biji telur (rebus & potong 4)
  • bawang goreng
  • 4 biji tauhu (goreng & hiris)
  • daun bawang
  • cili merah - hiris nipis
  • limau kasturi -potong 2
  • taugeh/sawi-celur
Cara Membuat:
  1. Panaskan air hingga mendidih dan celur mee kuning, angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis, bahan kisar halus & pes kari. Kacau dan tunggu hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan kacau seketika hingga separuh masak. Masukkan santan cair & air rebusan udang. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam keping, bebola ikan dan santan pekat. Kacau supaya tidak pecah minyak.
  5. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Hidangkan mee bersama bahan hiasan... ikut citarasa anda...

No comments:

Post a Comment