FIND ME HERE!!

Saturday, 23 March 2024

RESIPI PEYEK BONDA NOR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kotak Santan kecil
  • 1 biji telur
  • Air kapur sedikit
  • Garam 
  • Air 
  • kacang tanah/ ikan bilis
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Kisar:

  • 4 sudu Jintan manis
  • 4 sudu jintan putih
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai 


CARA MEMBUAT:

  1. Bancuh bahan kisar, santan, telur, air kapur, garam dengan sedikit air.
  2. Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair.
  3. Ambil acuan peyek, panaskan sebentar dalam kuali.
  4. Kemudian letak 1 sudu besar bancuhan ke dalam acuan peyek.
  5. Ratakan bancuhan dalam acuan dan letak kacang/ ikan bilis ikut citarasa.
  6. Akhir sekali, masukkan acuan ke dakam kuali dan goreng hingga masak.

Thursday, 21 March 2024

ROTI PIZZA

BAHAN-BAHAN:

Roti putih

Sos traditional pasta/sour cream

Capsicum/cili merah-hiris

Topping – udang,ayam, daging, sosej & sayur

Keju mozzarella belum parut


CARA MEMASAK:

1. Loyang dilapik dengan baking paper. dan roti disusun memenuhi tray.

2. Sapu sos pasta/sos cili secukupnya atas kepingan roti.

3. Kemudian, parutkan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum/cili, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping.

4. Selepas itu, inti ditutup dengan menambah parutan keju mozarella.

5. Bakar pada suhu 200C dengan menggunakan api atas bawah selama 15 minit.

6. Akhir sekali, bila keju mozzarella agak keperangan, boleh keluarkan piza untuk dinikmati.

Tuesday, 19 March 2024

RESIPI ACAR TIMUN

 BAHAN-BAHAN:

  • Lobak merah -dihiris panjang
  • Timun - dihiris panjang
  • Nenas - jika suka
  • Cili merah - dihiris
  • Bawang besar -dihuris
  • 1 sb Gula (secukup rasa)
  • 1 sb Cuka (secukup rasa)
CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk.
  2. Masukkan gula dan cuka secukup rasa.
  3. Gaul sebati dan sedia dinikmati bersama Nasi Tomato dll.

Friday, 1 March 2024

RESIPI KEK MARBLE MOIST

 RESIPI KEK MARBLE MOIST

Bahan-Bahan:

* 1 cwn mentega/marjerin

* 3 biji telur

* 3/4 cwn gula kastor

* 1 1/2 cawan tepung gandum -ayak

* 1 sb baking powder -ayak

* 1 sk esen vanila

* 3 sb susu pekat manis

* 2 sb serbuk koko


Cara Memasak:

1. Pukul mentega, telur dan gula anggaran 10 minit atau hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila serta bancuhan tepung gandum, susu dan baking powder. Gaul rata.

3.Adunan dibahagi 2 bahagian iaitu warna asal dan campuran koko.

4. Loyang disapu marjerin atau lapisan kertas minyak.

5. Masukkan adunan satu lapisan asal dan kemudian koko dan ulang proses hingga adunan habis dan tidak perlu ratakan untuk menghasilkan corak pada kek.

6. Ambil lidi dan lorekkan bahagian atas adunan mengikut citarasa.

7. Bakar pada suhu 170oc selama 45 minit atau sehingga masak.

8. Biarkan sejuk sebentar dan sedia dihidang.