FIND ME HERE!!

Tuesday, 9 October 2018

RESIPI PULUT KUNING MUDAH

Post kali ini amat mudah dan ringkas terutama bagi mereka yang sibuk untuk memasak pulut kuning buat keluarga tersayang;

Bahan-bahan:

Beras pulut
Garam secukup rasa
Santan (jika perlu)
Air untuk memasak
Pewarna kuning/serbuk kunyit (jika perlu)

Cara Membuat:

1. Basuh beras pulut hingga bersih.
2. Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam kuali dan isikan air (tiada sukatan).
3. Masukkan pewarna kuning/serbuk kunyit (jika perlu) dan gaul sekata.
4. Tunggu sehingga air mendidih ; jangan terlalu lama kerana takut beras pulut kembang.
5. Tuskan beras pulut dan masukkan ke dalam rice cooker tanpa air.
5. Masukkan santan yang dicampur garam hingga paras beras sahaja atau kurangkan sedikit untuk mengelakkan pulut jadi lembik.
6. Sesudah itu masak pulut di dalam rice cooker hingga button bertukar ke 'warm' dan tunggu sehingga 15 minit sebelum dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 7 February 2018

RESIPI BISKUT

Mari cuba pelbagai resipi biskut untuk hidangan petang atau pun di pelbagai hari perayaan. 

RESIPI KEK

JOM CUBA PELBAGAI RESIPI KEK YANG CEPAT DAN MUDAH DISEDIAKAN DI RUMAH...

BENGKANG GANDUM

Jom cuba pula resipi Bengkang Gandum mudah dan cepat disediakan..

Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • secubit garam
  • daun pandan
  • pewarna hijau
Cara Membuat:
  1. Kisar santan dengan daun pandan. Tapis dan ketepikan.
  2. Campurkan pewarna dan garam kedalam bancuhan santan.
  3. Masukkan tepung diselang-seli dengan santan tadi. Kisar hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada magic pan dan panaskan magic pan.
  5. Kemudian, masukkan adunan tadi dan masak lebih kurang 10 minit.

Tuesday, 6 February 2018

KUIH KASWI BONDA NOR

 Jom cuba resipi mudah ihsan dari ibunda tercinta....moga-moga dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca...

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1/2 cawan gula putih *
  • 1/2 cawan gula merah *
  • secubit kapur *
  • 1 1/2 cawan air *
  • Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)
Cara Membuat:
  1. Bancuh semua bahan-bahan bertanda * di atas.
  2. Kisar bancuhan hingga halus
  3. Sementara itu, panaskan kukus. Sapukan sedikit minyak pada loyang/acuan agar bancuhan tidak melekat dan panaskan dalam pengukus sebentar.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
  5. Setelah masak, biarkan sejuk, potong dan gaul dengan kelapa parut.
Petua:
  • Untuk memastikan bancuhan lembut, pastikan bancuhan tidak melekat di tangan... tambahkan air jika bancuhan pekat.


................................................................................................

Ingredients:

  • 2 cups wheat flour
  • 1/2 cup white sugar
  • 1/2 cup brown sugar
  • a pinch of lime
  • water

How to make:

  1. Mix all the ingredients above.
  2. Blend the mixture until smooth
  3. Meanwhile, heat up the steamer.  Apply a little oil to the pan/mould so that the mixture does not stick
  4. Pour the mixture into the pan and steam until cooked.
  5. Once cooked, let cool, cut and mix with coconut.

Tips:

To keep the mixture smooth, make sure the mixture does not stick to your hands... add water if the mixture is thick.

TEPUNG TALAM

Teringin nak makan Kuih Tepung Talam..Cuba resipi ni mudah dan cepat disediakan...

Lapisan Gula Merah:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 1/2 cawan santan
  1. Kisar semua.. tapis dan tuang dalam acuan (separuh)
  2. Kukus lebih kurang 15-20 minit
  3. Sejukkan, biar sedikit keras sebelum tuang lapisan putih
Lapisan Putih:


  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 sb tepung jagung
  • secubit garam
  1. Kisar semua...
  2. Tuang atas lapisan gula merah tadi
  3. Kukus semula anggaran 20 minit.
Dah masak sejukkan dulu, baru dipotong yea...

RESIPI SOS

Pelbagai resipi sos untuk anda yang menggemari sos buatan sendiri dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis juadah dan buah-buahan di hujung minggu bersama keluarga


  1. RESIPI SOS CILI BONDA NOR
  2. RESIPI KUAH ROJAK BONDA NOR
  3. RESIPI KUAH PECAL BONDA NOR