FIND ME HERE!!

Thursday, 21 February 2019

RESIPI LAUK PAUK

Friday, 15 February 2019

HOMEMADE RECIPES (RESIPI HOMEMADE)


RESIPI HOMEMADE:


Friday, 1 February 2019

RESIPI SAYUR

Sayur antara pelengkap makanan dan mengandungi khasiat yang tinggi seperti:

  1. Membantu proses menurunkan berat badan
  2. Mencantikkan kulit
  3. Membina dan memperbaiki tulang
  4. Menguatkan sistem imunisasi badan
  5. Menangani masalah kesihatan
  6. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya
  7. Kaya dengan sumber protein dan mineral
  8. Baik untuk kanak-kanak
  9. Membantu untuk lebih tenang
  10. Penawar semulajadi
Pelbagai resipi sayur mudah dan ringkas untuk hidangan tengahari yang patut dicuba untuk anda sekeluarga





Saturday, 5 January 2019

RESIPI NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • 5 CAWAN BERAS - CUCI & TOSKAN
  • 1/2 CAWAN SUSU CAIR
  • 4 BIJI TOMATO (CINCANG)
  • 1/2 CAWAN SOS TOMATO
  • 2 SB MAJERIN/MINYAK SAPI
  • 5 SB MINYAK MASAK
  • GARAM SECUKUP RASA
  • AIR (IKUT SUKATAN BERAS DALAM 5 CAWAN)
  • DAUN PANDAN (DISIMPUL/DAUN SUP DICINCANG)
BAHAN TUMIS:
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH **dikisar
  • 5 ULAS BAWANG BESAR **dikisar
  • 1 INCI HALIA **dikisar
  • 3 BIJI BUAH PELAGA
  • 3 BIJI BUNGA CENGKIH
  • 1 INCI KULIT KAYU MANIS
  • 2 KUNTUM BUNGA LAWANG
CARA MEMBUAT:
  1. TUMIS BAHAN KISAR DAN REMPAH DENGAN MINYAK DAN MARJERIN/MINYAK SAPI HINGGA KUNING DAN NAIK BAU. GUNAKAN PERIUK RICE COOKER.
  2. MASUKKAN SUSU CAIR, TOMATO CINCANG, SOS TOMATO, GARAM DAN GAUL RATA. TAMBAH AIR DAN BIARKAN MENDIDIH.
  3. MASUKKAN BERAS DAN DAUN PANDAN/DAUN SUP DAN ALIHKAN PERIUK KE DALAM TEMPAT RICE COOKER DAN BIARKAN HINGGA MASAK.
  4. APABILA NASI TELAH KERING, KACAU RATA.
  5. SEDIA UNTUK DIHIDANG BERSAMA AYAM MASAK MERAH/DALCA

Friday, 4 January 2019

RESIPI SUP PETOLA

Bahan-Bahan:

  • 1 biji buah petola
  • 4 biji ubi kentang 
  • 1 paket suhun/fucuk
  • air secukupnya
  • Garam secukup rasa
Bahan tumbuk/kisar:
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
Cara Memasak:
  1. Basuh petola, kupas kulit dan potong ikut citarasa anda.
  2. Rendam suhun dan fucuk, kemudian tos dan ketepikan.
  3. Kupas ubi kentang dan dipotong 4.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar/bahan tumbuk. Masak hingga wangi, kemudian masukkan air sebagai kuah sup.
  5. Masukkan ubi kentang dan masak hingga empuk, kemudian masukkan sayur petola.
  6. Akhir sekali masukkan suhun, fucuk dan garam. Kacau seketika dan boleh ditutup api.
  7. Sedia untuk dihidang...

Tuesday, 9 October 2018

RESIPI PULUT KUNING MUDAH

Post kali ini amat mudah dan ringkas terutama bagi mereka yang sibuk untuk memasak pulut kuning buat keluarga tersayang;

Bahan-bahan:

Beras pulut
Garam secukup rasa
Santan (jika perlu)
Air untuk memasak
Pewarna kuning/serbuk kunyit (jika perlu)

Cara Membuat:

1. Basuh beras pulut hingga bersih.
2. Kemudian, masukkan beras pulut ke dalam kuali dan isikan air (tiada sukatan).
3. Masukkan pewarna kuning/serbuk kunyit (jika perlu) dan gaul sekata.
4. Tunggu sehingga air mendidih ; jangan terlalu lama kerana takut beras pulut kembang.
5. Tuskan beras pulut dan masukkan ke dalam rice cooker tanpa air.
5. Masukkan santan yang dicampur garam hingga paras beras sahaja atau kurangkan sedikit untuk mengelakkan pulut jadi lembik.
6. Sesudah itu masak pulut di dalam rice cooker hingga button bertukar ke 'warm' dan tunggu sehingga 15 minit sebelum dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 7 February 2018

RESIPI BISKUT

Mari cuba pelbagai resipi biskut untuk hidangan petang atau pun di pelbagai hari perayaan.